Search This Blog

Tuesday, October 30, 2012

BuAt HaRta SeNdiRi

alkisahnya begini.. satu hari tu aku terajin jadi aku g la perpustakaan kat tempat aku kerja.. jgn ingat sekolah je tau ad... tempat kerja pun ad ohkeyy...hihi...

kebetulan time tu banyak le novel baru.. jadi dengan excitednya aku g lah pilih.... pilih punya
pilih aku jumpe 3 buah buku... lame gak la aku g pilih..haha..
tapi macam x bape best je... yang best2 dah banyak orang pinjam kot.. so untuk mengisi masa lapang kat umah time cuti aku pinjam la jugak buku ni...

sampai umah aku amik la baca satu novel ni... cite ok lah.. tapi aku x suke jalan cerita die.. boleh pulak laki tu kawin ngan die pastu dah 5 tahun kawin ad anak leh kate xde perasaan cinta pastu nak kwin ngan orang len... aku nak nek marah baca buku ni...
dari aku tension baca buku ni bek aku stop... tapi pelik lak aku lak yang emo..haha... padahal novel je kot.. tu namenye feeling yang melampaui batas...kuikuikui.. :-)
 lagi dua buku tu dah baca2 rase x best jadi malas baca... 2 buku ad dalam bilik.. 1 lagi ad dalam kereta.



korang nampak x tarikh pulang tu... jadi maknanya dah berbulan-bulan aku x hantar buku ni kat libary..haha... ni baru namanya wata harta sendiri...kikiki....
kalo kat sekolah lambat je kena denda kan???
kat cini xde pun kena macam tu... tu yang malas antar n wat jadi rete sendiri untuk beberapa bulan lamanya,,hehe... nak g libary tu sunyi.. dah la tingkat atas sekali... 2 yang nk antar je lupa...
kene antar jugak ni.. hak kerajaan...tapi ad juga yang bertahun-tahun x antar tau..huhu... cube la diorang wat jugak macam sekolah.. confirm on the dot orang len pun hantar ikut time...lambat je kena bayo...haha

Saturday, October 20, 2012

TuNaNg 2012

Assalammualaikum..

Tersebut lah alkisah suatu hari….
Sang putera meminang si puteri…
Tatapi alangkah bernasib malangnya bahawa sang PUTERI itu bukanlah AKU…
Aik… ape la yang aku merepek ni…heheheh… memang la bukan aku puteri tu sebab sang putera tu pun aku tak kenal…kuikuikui..  :-P
Aku hari ni Cuma datang sebagai tetamu je…makan free… yahoo…J

ini lah die yg tunang tu..

Ok… di a ni kawan baik aku masa aku keje kat kilang ubat nyamuk @ QCI.. penah dengo ke tak kome kilang ni?? Kat situ la aku keje dulu… takde klas pun…,banyak habuk…huhu…
Aku dengan kawan aku ni memang la sekepala perangainya, kurus pun lebih kurang sama gak tu… tapi rasenya die kurus lagi kot… hish… diri sendiri xnk la ngaku kurus.. kate orang je..haha..  nama kawan aku ni  “NORIDANI” aku panggil kak ida je sebab die tua 2 tahun kot dari aku.. kalo nak cite la tentang kami xtau rasenye bila mau habis  bercerita…


Kembali pasal pertunangan… kawan aku ni amik keputusan nk bertunang.. jadi tahun ni diorang bertunang la… tapi nama tunangnya aku lupa lak plak…yang aku ingat nama bf aku je lah…ekekeke… aku tumpang gembira la untuk kawan aku ni.. majlis tuning die ni simple sangat.. mekap sendiri.. baju pun sendiri punye..

Aku g umah die ni ofkos la dengan bf aku.. kami dulu semua dari 1 kilang tau.. tup2 kami terjatuh dan tercinta lak…eh ad ke perkataan ni dalam kamus bahasa melayu???? Ahhh…. Belasah je lah… janji ad ayat…kuikuikui… bile ingat2 kat kilang tu klaka ade la jugak…hehe. Eh lari cerita pulak..
J.

ni dari pihak pompuan


ni plak pihak laki

Come back to normal… aku sampai umah die( eh umah nenek die, family dia nak wat kat situ) dalam kul 11 ke kul 12 ntah.. aku pun lupa la.. saje je g awl… kawan baik aku kan.. tunggu punya tunggu rombongan belah laki x sampai2… kawan aku pun dah nak naik marah dah sebab dekat je kot… tapi die kena la control ayu hari tu…kan nak tuning…huhu… kul 1 kot diorg sampai… yang aku ngan bf pun dah kelaparan… tapi aku x la over lapa macam bf aku ni… die kuat makan, aku tak kuat pun… tu sebab badan maintain je..haha..

Last2 kawan aku cakap g la makan dulu… sebab aku ade cakap nak jalan kat t.i pas g die tuning ni… maklum la.. dulu ada moto je.. jd kena la cepat.. kot2 ujan x ke basah.. jadi kiteorang pun makan la…


Masa rombongan laki sampai kawan aku pesan nanti duk sebelah die… neves kate nyer… macam mane la perasaan nyer kan???? So aku tggu la jap demi kawanku… J

saat2 yang mendebarkan bagi nyer..huhu... mau mengeletar jari katenye..huhu

bergambar sat amik berkat..hihi..



kami sume dari 1 tmpat keje.. tu mak die

Ok… setelah selesai kami pun pulang.. eh x kerumah lagi tu… ke t.i terus…hehe…  sebab nyer hari tu adalah ulangtahun ke-4 aku & die.. macam mane lah aku bole kapel lame camni erk…  sebab die sayang sangat kat aku kot..haha.. perasan kan…

Ok sampai t.i die bawak aku g jalan2 kate nya nak bagi hadiah tapi aku yang kene pilih… hahaha… sape x suke orang nak bagi hadiah kan… aku tersenyum lebar je lah..he..
Ingat kan pe die.. rupe-rupenya nak hadiah kan aku cincin.. punye la banyak kedai kami g… aku ni lain paten cikit… memilih tu cerewet sesangat..hoho.. sabo je lah die kan… aku suke yang simple je… macam belah rotan bese… tapi x mau la yang nipis karsng bengkok2.. aku ni dah la ganaz @ kasar oarng nyer..haha…

Mule aku cakap nak emas putih je lah.. tapi tetibe ubah pikiran amik emas pulak…p ekes ni… tapi die x kisah… janji janji jangan lebih dari bajet yang ditetapkan… ad bajet gak tu tau..haha. ok akhirnya aku menjumpai cincin yang simple tapi padat…n harganye hampir2 kepada bajet yang telah ditetapkan…  korang nak tau tak saiz bape cincin aku… saiz 8 je kot…haha… kcik sangat tu pasal susah nak cari… kene cari kat cincin budak2 kot…huhu… tapi kawan aku lagi comel… kate nye saiz 6.. so mmg betul la die lagi kurus dari aku…^^

aku suke yg simple je.. :-)

Ni bukan cincin tunang ok… ni hadiah dari dia sahaja sempena ulangtahun..  pape pun I’m happy sangat hari tu…

 Ok… jumpe lagi di next entri yea.. bye2… Assalammualaikum…






Saturday, October 13, 2012

LaKsa Oh LaKsa..^^

assalamualaikum...
erm... slalu ri minggu ini la koje aku... masak laksa...hehe... 
tapi kalo rjin je.. kalo x rjin x la wat.. nk bli kt paso ataupun ready made x puas.. x mengikut citerasa loh...hikhik!!

tapi dh lame gk tak masakkan tuk family kat kg... slalu blik kg msti masak... smpai ado yg tnya bile nak wat laksa bile blik kg...hihihi...

kt kg ramai budak2... jadi x leh le nak wat pedas2... satgi sian kat dema... time makan dorang x cakap pape... bile dah bis baru la bagi tau.. cik yah wat laksa pedas... opsss!!!!!!!!!!!!!!! terlajak cili la tu kan...he..
tapi xleh la nk lawan kawan saya masak.. die mmg gune cili api... kne stanby 1 jag air sorg bile nk makan berapi wo...huhuhu....

yummy... yg ni pun feberet jugak ni,,,

ok...jemput makan sume...^^... ngap,ngap,ngap n zZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ... sbb dah kenyang...haha...




Monday, October 8, 2012

cara selesaikan konflik dengan bf/gf


10 Cara Bila Bergaduh :
1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang, anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya. Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut. Oleh itu, selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku. Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.
.
2) Jangan Balas Dendam
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa. Kononnya supaya pasangannya sedar bahawa kesalahan telah dilakukan. Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu. Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah, anda mengatakan bahawa anda betul dan dia salah-hukuman telah dijatuhkan, susah nak selesaikan pergaduhan anda!
.
3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri, adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda. Walau apa pun, anda mesti ingat, merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik. Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain. Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.
alo.. jangan la jadi macam ni.. x best kan??
.

4) Elakkan Terlalu Peribadi dan SensitifMasa situasi konflik tengah hangat, janganlah terlalu sangat “terasa”, jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”. Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini. Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.
.
5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu, jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah. Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya, tak perlulah diungkit. Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu, membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah. Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah 3 – 4 bulan lepas contohnya jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.
.
6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat, anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti. Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian, tak dengar dengan baik dan teliti, bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.
.
7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar ~ fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja. Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara, macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan. Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai. Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat, jadi pastikan anda fokus!
.
8.) Jangan Serang!
Biasalah, dah terlalu marah sangat, anda pun “naik angin”… bila perkara macam ni berlaku, biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda. Sebelum perkara macam ni berlaku, fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan. Anda ingin selesaikan masalah, bukan nak serang pasangan anda.
.
9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik. Nak jadi macam ni, anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja. Beri perhatian, sabar, tenang, buat “eye contact”, tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai. Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda. Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.
macam ni kan bagus.. kena la ade toleransi.. sikap bertolak ansur itu penting..
.
10) Jangan TinggalkanSatu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku, dari mula sampai selesai. Ramai orang bila dah tak tahan, marah sangat, terus tinggalkan pasangan, bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je. Pasangan pun dia tinggalkan. Walaupun rasa tak boleh tahan sangat, marah ke, “tension” ke, jangan angkat kaki, tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je. Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar, mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke… kemudian pastikan anda datang semula. Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.
.
p/s : macam ad jugak la kena ngan diri sendiri...^_~V.peace no war ok...


Ketam masak lemak cili api…FeBeReT…Yummyyy…^^


Erm.. dah lama dah nak makan benda ni… nk beli je xde lak.. bile taknak beli ad la pulak..huhu…
Macam-macam lah kan..

Pada hari minggu aku nekad jugak nak makan benda ni… jadi aku pun beli 2 ekor… time tu tengah murah jugak la..RM15.90 per KG… aku beli kat econsave…

Bile sampai rumah saje aku dah bersedia dengan pisau… mula la operasi aku untuk memasak…hehehe…
Hari tu plan nak masak ketam masak lemak cili api… wa… x sabar nyer nak makan…
Disebabkan dh lapa erm cepat je lah aku masak.. automatik jadi rajin…ahaks3… kalo malas tu mesti lah tengah x terasa lapa sangat…


yummy...yummy... sedapnye....^^,



Wah… dah siap masak dh… dh boleh makan ni…

Ok.. take 5…hehe…
Bukan setakat take 5 je nak makan ketam ni.. aku kena amik mase 1jam kot..huhu.. maklum la.. makan dengan sopan santun katakan…ngehngehngeh…
Dh dapat lauk feberet ni 3 kali aku tambah nasi… tapi x perlu risau.. saya tetap slim kalo makan banyak pun… kalau buleh ler mmg nak tambah la ckit berat badan ni…

Erm… ok lah… lagi sekor tu nak watpe ye???? Sup pun ok kot kn???




Thursday, October 4, 2012

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah ♥



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..










Wednesday, October 3, 2012

Ole-ole dan ole-ole...^^

okey... hujung bulan 9 opis PKNP ade la wat lawatan ke luar negara... kali ni ke  vietnam plak... bulan 4 ritu ke medan indonesia... tapi dua2 tmpat ni aku x g... komitmen lbih kepada kereta..huhu... insyaallah one day akan ikot jgk la kalo ad rezeki kan...
xpun g bulan madu pun oke jugak..huhu... tapi tu kne tnya incik azhar sy lah...

ok... berbalik kpada entri kat atas tu... bile diorg g lawatan tu msti la ad dapt ole2..hehe... kngan from sana kan..hikhik... pape pun trima kasih kepada yang sudi memberi ny... walaupun ia kecil tapi besar nilainya bagi saya...

ha.. yang ni ole2 dari akk yg duk dpan saye...


yang ni pulak dari eo saye...

erm.. ad lagi ole-olenya.. tapi kat opis.. wat hiasan di sana... skali lagi thanks u olls...^^,


Setelah 7 bulan....

hm... ni tgah mood rajin nk update blog... sbb asyik tensen ngan keje jd nk rht kn jgk pikiran ni...
setelah 7 bulan memiliki & menggunakan nya... nmpak nya baru stakat ini yg aku berjaya...huhu...
xpe lah.. xbnyak berjalan jimat lah wet kan... lagi pun xdek nak g mane2... keje blik kje... itulah hari2...
bagus jgk kn... xla cpat tayar ni haus n kne ganti..hoho... bnyk  kebaikan nyer tu... bnda yg baik kena la amalkan slalu kan?????
ini lah die... 7k slama 7 bulan lbih ckit...^^,




kt opis tengah $%&^&$%$% PeNiNg..

 ohoiiiiiiiii.... pening pale ni memikirkan akaun ni...-_-!
kome idak le ade basic akaun.. tapi dapt koje akaun jgk..hoho... ALLAH bagi ujian tu jadi sy terima dgn seadonyer...huhu... k lah nk sambung koje blik...

# eh.. ter SPEAK Perak pule..hehe